bjmuhd/pantun/RManusia
Hi, selamat datang ke laman pantun ragam manusia BJ Muhammad
your picture here
logo pantun BJM Ragam Manusia
PANTUN RAGAM MANUSIA
Rambutan kahwin patut dijaga
Cara mengimbang elok difikir
Jemputan kahwin takut nak hadhiri
Kerana bimbang syok sendiri

Doronglah budak menjamu nasi
Sama memimpin elak lari
Tolonglah mak anak mu ini
Lama teringin nak berbini

Bantai saja apa peduli
Bukannya selalu persinggahan ini
Mengintai dara kesana kemari
Rasanya aku tak tahan lagi

Nanti dulu tahan orang
Karang mengganggu senyum kurang
Hati merindu bukan kepalang
Orang ditunggu belum menjelang

Gaduh-gaduh tidak hanya rasa
Hirup kari malu tak kira
Aduh aduh tak tahannya siksa
Hidup sendiri aku tak kuasa

Kenapalah benak menghinari ceria
Rindu menganggu usai dijiwa
Bilalah tiba hari bahagia
Aku menunggu bagai nak gila

Gerangan amat kerap menduga
Mengapalah bayang memburu disua
Bayangan nikmat hidup berdua
Segeralah datang pada ku jua

Tanam pinang rapat-rapat
Biar senang ruyuh berlari
Kalau ku pinang tak dapat-dapat
Ku bawa wang bubuh selori

Dara naik teratak pak ali
Sambil letak rambai sekati
Cara baik dia tak bagi
Ambil pulak tak sampai hati

Senget topi hendak membisik
Sembang tidak memandang membelek
Hajat hati hendak merisik
Bimbang pulak orang mencebik

Mentua sendiri usah dirasuk
Tidak senang esuk memujuk
Dua hati bertaut kusyuk
Nak pinang ditunjuk penumbuk

Meranalah benak mati ceria
Gamak nampaknya suram dunia
Bagaimanalah nak mendekati dia
Emak bapak nya macam singa

Pagi tadi gula pekatnya
Campak lambung tak pecah punya
Hati ini gila kat dia
Nampak bumbung pun jadilah

Gelama tenggiri todak ketepi
Bolih dibeli berpeti-peti
Selama begini tidak diingini
Buah hati mesti didekati

Sayang pulang lama menghilang
Budak teringin buah tangan abang
Yang bujang sama bujang
Nak kahwin jangan halang

Pelamin jinjang sama juga bang
Bedah dan duwin naik goyang
Kahwin bujang sama bujang
Dah kahwin baik pulang

Mari abang sayang bilang
Walau miskin saya sayang
Sini bujang sana bujang
Kalau kahwin semua senang

Macam mana korang kata sayang
Badan sakit pun bolih riang
Teruna bujang dara leher jinjang
Makan sikit pun dah kenyang

Kurang satu lebih kurang
Sara tiga hendak tumbang
Yang itu masih bujang
Dara juga tak kurang

Balau kijang kurma jerang
Padah lain ancam nana
Kalau bujang sama bujang
Dah kahwin macam mana

Silau bulan terik bayang
Golik roti nanti kenyang
Kalau bukan bujang naik jinjang
Balik nanti isteri ganyang

Kuasa bukanlah disambung dibahagi
Datang ketika tamatlah disudahi
Biasa budaklah dilambung tinggi
Yang tua lompat sendiri

Pelawa semua yang hendak
Ingin ajak budak sebelah
Makwa lawa timang budak
Teringin pulak hendak mencelah

Remang-remang waktu petang
Cerah matahari dihalang dilindung
Timang-timang anakku sayang
Buah hati pengarang jantung

Kuasa batil dipegang pegang
Padah tersebar tidak terhalang
Masa kecil ditimang timang
Dah besar disepak terajang

Kuasa batil dipegang tamak
Padah disebar kampung terjebak
Masa kecil ditimang emak
Dah besar dilambung ombak

Kuasa jangan terus dipegang
Kalau hilang merana jadinya
Ada lambungan tulus disumbang
Tak kurang durjana sebaliknya

Tiada ulasan berupa hasutan
Tidak peduli kelibat pasangan
Ada terperasan lupa daratan
Merosak diri akibat lambungan

Tenaga kalah galang bergalang
Terasa indah pagi petang
Tiga itulah abang sayang
Kerana mudah bahagi selang

Punya menjaga helang temberang
Kerana sangat kasih sayang
Hanya tiga tak apalah sayang
Kerja berat samalah dijulang

Berjaga senja keranalah sembahyang
Rakaat hilang tolong halang
Tiga sahaja percayalah sayang
Empat abang terhoyong hayang

Mengapa bercinta hingga tak sembahyang
Nanti disebat habislah peluang
Siapa kata tiga tak kenyang
Tapi empat lebihlah girang

Berjaga-jaga helang melayang
Anak serigala punyalah garang
Ketiga-tiganya abang sayang
Tak percaya tanyalah abang

Berjaga ke pagi tentu tak senang
Mimpi hanya jarang-jarang
Tiga dibahagi satu tak kurang
Bukti adilnya abang seorang

Muga kekalnya pada sekarang
Ubah ingat telah ada peluang
Tiga rasanya ada kurang
Tambah empat barulah seimbang

Garis calar harus dijaga
Halang ruang orang diminta
Habis belajar terus bekerja
Pegang wang senang belanja

Biasa belanja mula-mula bekerja
Tidak senang saku dijaga
Ada bekerja suka suka saja
Tidak kurang bantu keluarga

Bicara sumbang perlahan-lahan
Hindari rakan mencela umpatan
Ada kata bang gostan gostan
Cari makan bila berkesempatan

Budak botak halau katak
Aksen pulak lagi berlagak
Letak kotak walau ditolak
Sen tak bagi kesian pulak

Bahawa kuat usah ketakutan
Elak kalau dicelah kesempatan
Usaha dibuat tambah pendapatan
Tak hirau lelah juga kepenatan

Pelajari kemahiran melerai kepayahan
Masa muda berangan ketepikan
Cari makan sebagai majikan
Usaha pekerja usah diabaikan

Jadikan usaha supaya kekal
Buang melaram sesungguh hati
Cari makanlah cara halal
Yang haram jangan dekati

Tatap isteri penat sakan
Bedak banyak lenyeklah perlahan
Setiap hari dapat makan
Jika tidak benyeklah badan

Bukan tidak mahu menjamu
Suap kobis perlu ditumpu
Makan tak tahu malu
Lahap habis sudu garfu

Batu paku hendak ditelan
Bini pohon hendak syurga
Itu aku nak makan
Ini pun nak juga

Balau pulut kuda lembu
Bukan aku sembelih melulu
Kalau mulut ada seribu
Makan tentu bolih selalu

Kasi buih tabur soda
Sua roti bukan mentega
Nasi kuih bubur pun ada
Semua pasti makan selera

Padang ragut lagi dibolot
Bayang rebut gusti diturut
Gendang gendut tali sabut
Kenyang perut pasti kentut

Tayang ulam setiap calun
Bukan banyak mulut bersahut
Siang malam melahap membalun
Makan banyak perut melayut

Rambutan kahwin patut dijaga
Cara mengimbang elok difikir
Jemputan kahwin takut nak hadhiri
Kerana bimbang syok sendiri

Doronglah budak menjamu nasi
Sama memimpin elak lari
Tolonglah mak anak mu ini
Lama teringin nak berbini

Bantai saja apa peduli
Bukannya selalu persinggahan ini
Mengintai dara kesana kemari
Rasanya aku tak tahan lagi

Nanti dulu tahan orang
Karang mengganggu senyum kurang
Hati merindu bukan kepalang
Orang ditunggu belum menjelang

Gaduh-gaduh tidak hanya rasa
Hirup kari malu tak kira
Aduh aduh tak tahannya siksa
Hidup sendiri aku tak kuasa

Kenapalah benak menghinari ceria
Rindu menganggu usai dijiwa
Bilalah tiba hari bahagia
Aku menunggu bagai nak gila

Gerangan amat kerap menduga
Mengapalah bayang memburu disua
Bayangan nikmat hidup berdua
Segeralah datang pada ku jua

Borang nak pajak
Kira besuk lebur
Orang tak ajak
Dia masuk campur

Arang setual digosok sigila
Kerana melulu terpesuk di kolah
Orang berbual kusyuk bla bla
Dia tak malu masuk mencelah

Karang tangkap balik
Bila hari malam
Orang cakap itik
Dia cakap ayam

Kain jarang koyak sana sini
Hina tidak mandi pagi
Lain orang tak berapa peduli
Dia pulak berperi-peri

Mengata menyerang hina diri
Kuda bebiri rujuk teladani
Cerita orang dijaja sana sini
Cerita sendiri disorok rapi

Datang kemari tidak dipeduli
Malu membias senyum terkapai
Orang begini tak sedar diri
Buku dan ruas belum membantai

Gerutu biasa sipolan lalui
Kecacatan sedap bukan disesali
Suatu masa akan diketahui
Kejahatan tetap akan dibalasi

JIka anda berpuas hati, alhamdulillah saya ucapkan. Tapi jika tidak? Janganlah kecewa! Saya berjanji akan memuatkan pantun-pantun karangan saya yang lebih segar dan menghiburkan, insyaalah.

Silalah berkunjung selalu di laman ini untuk mengetahui perkembangannya. Atau anda saya alu-alukan umtuk menikmati berbagai ragam pantun yang saya sampaikan, samaada dengan disertai dailog, ada juga pantun berlagu, selain dari itu saya juga ada menyediakan talian KECERGASAN DAN KESIHATAN (tip-tip kesihatan dan kecergasan), talian UJIAN SUARA (untuk mereka yang berminat dan ingin mencuba bakat, jangan lupa saya ada sediakan hadiah untuk mereka yang bersuara paling menarik/lunak) talian INOVASI (untuk mereka yang berminat mencuba bakat atau mengembangkan minda dalam bidang reka dan cipta).

Anda berminat?
Jika anda berminat sila dail nombor-nombor ini sekarang.

TALIAN BERPANTUN 600-85-6535 ATAU 600-85-2314

TALIAN KESIHATAN DAN KECERGASAN 600-85-2319

TALIAN UJIAN SUARA 600-85-2312

TALIAN INOVASI 600-85-6501

Dan lain-lain pekhidmatan talian 600 yang akan diterbitkan kemudian, insyaalah.

Masa berkasih berperi-peri
Budi tak kira idaman hati
Terima kasih sekali lagi
Sudi bermesra di laman ini

Kerap bersua hadiah dihulur
Bangga tiada melain simpati
Harap semua telah terhibur
Muga berjumpa dilain kali

Anda ada cadangan atau pandangan? Jika ada, sila email kepada saya. (KOMEN ATAU CADANGAN YANG BERNAS SAHAJA!)

Anda adalah pelawat yang ke Sila (kaunter) kunjungi saya lagi untuk persembahan pantun-pantun yang lebih menyegarkan dan menghiburkan anda.

Terima kasih dan selamat bertemu kembali.


Tripod Error [an error occurred while processing this directive]

404 - Page Not Found


Sorry, but the page or the file that you're looking for is not here.

Sponsors

Magic 21

Magic 21 -
Free card game. For each "21" you make, you could win up to $4,999 in cash! Go try your hand  »



[an error occurred while processing this directive]
Tripod Error [an error occurred while processing this directive]

404 - Page Not Found


Sorry, but the page or the file that you're looking for is not here.

Sponsors

Magic 21

Magic 21 -
Free card game. For each "21" you make, you could win up to $4,999 in cash! Go try your hand  »



[an error occurred while processing this directive]
Tripod Error [an error occurred while processing this directive]

404 - Page Not Found


Sorry, but the page or the file that you're looking for is not here.

Sponsors

Magic 21

Magic 21 -
Free card game. For each "21" you make, you could win up to $4,999 in cash! Go try your hand  »



[an error occurred while processing this directive]
CDnow
Find Music:

powered by lycos
SEARCH: Tripod The Web
 Lycos Downloads 
Find free software now
 Tripod MP3 Search  
Artist or Song Name:
powered by lycos
SEARCH: Tripod The Web